Monday, April 11, 2011

Program Rekreasi Ilmu - UK

Dijemput kepada semua koreponden & ahli-ahli GPTD yang berdekatan sama-sama memeriahkan program ini. Pengasas, Tuan Hj Ahmad Azam & pengerusi, Sdr Jufitri Joha akan menjadi penceramah untuk program tersebut.

Tuesday, April 05, 2011

Public Lecture: Deir Yassin

Dijemput kepada umum untuk memeriahkan majlis ilmu tersebut. Keterangan lanjut seperti poster di atas.

Sunday, April 03, 2011

2 April 2011, Serdang - Tahniah dan syabas kepada peserta [SINT] Ketokohan Salahuddin al-Ayyubi Dalam Memperkasa Generasi Muda yang diadakan di Dewan Kuliah, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia.

Walaupun di saat musim peperiksaan akhir semester (IPT), kalian masih mampu menghadiri program yang semestinya tidak akan membantu anda menjawab soalan peperiksaan akhir. Tapi yakinlah sesungguhnya program / majlis ilmu seumpama inilah yang banyak membantu kita dalam pembinaan syakhsiah diri dan jati diri sebagai seorang individu Muslim yang berperanan dalam memperkasa generasi muda.

Terima kasih kepada pihak penganjur bersama Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia (KBM UPM) & Grup Jil-Salahudin yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah SWT.