Thursday, August 27, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GPTD

GOMBAK, 26 Ogos - Satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) GPTD telah diadakan di sini yang dipengerusikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr, Jufitri Joha.

Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.

Antaranya, nama penuh bagi GPTD diubah kepada Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (Youth Trekker for World Civilization), namun masih mengekalkan akronim GPTD. Ia dipinda bagi memenuhi Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007.

Program Semarak Ramadhan telah dirangka bersempena Ramadhan kali ini. Ia merangkumi 2 program iaitu Kembara Ziarah - Ramadhan dan Semarak Ramadhan.

Beberapa kampus telah dikenalpasti sebagai lokasi bagi Kembara Ziarah-Ramadhan. Ia akan dihadiri oleh AJK GPTD termasuk Sdr Suhail Ahmad yang akan berkongsi pengalaman beliau di China.

Semarak Ramadhan, program perhimpunan ahli GPTD sempena Ramadhan akan diadakan pada 20 Ramadhan 1430H / 09 September 2009 (Rabu) di Gombak.

Senarai awal AJK GPTD bagi sesi 2009 / 2010 turut dicadangkan. Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi berkenaan senarai AJK GPTD yang baru hanya akan dibuat 2 minggu lagi.

PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG (SUA)

Tuesday, August 25, 2009

Dialog Remaja & Tadarus Ramadhan

Seremban- 25 Ogos 2009 / 4 Ramadhan 1430 - GPTD meneruskan usaha menembusi ke kampus-kampus dan terbaru GPTD telah menghadiri program Dialog Remaja & Tadarus Ramadhan di Koleh PTPL Seremban. Membarisi Dialog Remaja dan Ramadhan ialah aktivis GPTD saudara Jufitri Joha dan saudara Noryzal Zainal Abidin.

Program yang bermula dengan solat berjemaah Zohor itu, diteruskan dengan tadarus yang dipimpin oleh saudara Noryzal Zainal Abidin dan dihadiri oleh lebih 40 orang pelajar.

Koresponden GPTD di Kanada

Hulu Kelang- 25 Ogos 2009 / 4 Ramadhan 1430 - GPTD telah melantik seorang koresponden di Kanada iaitu saudari Nur Qurratulain binti Hamzah. Beliau dijangka memulakan pengajian sarjana muda (undergraduate) di bidang 'Hubungan Antarabangsa' di Universiti Toronto, Kanada selama empat tahun bermula awal September ini. Beliau dijangka akan berkongsi pengalaman menarik ketika belajar di Kanada, catatan peribadi kehidupan beliau, subjek Hubungan Antarabangsa yang beliau belajar, tentang perkembangan umat Islam dan kesan-kesan sejarah Islam dan Barat di Kanada melalui blog beliau di http://www.everjihad.blogspot.com/. Blog beliau akan dijadikan ikon dalam blog GPTD sedikit masa nanti.

Beliau pernah terlibat dengan program GPTD satu ketika dahulu. GPTD mendoakan kejayaan beliau supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. GPTD berharap beliau dapat memenuhi impian beliau, keluarga dan ummah sejagat untuk menjadi cendekiawan Islam yang membela nasib ummah.

Sunday, August 23, 2009

Resolusi SAKTI GPTD

Seremban - 23 Ogos 2009 / 2 Ramadhan 1430 - Resolusi Kem SAKTI GPTD telah diputuskan seperti berikut :

1.) USIM - Projek Kajian Syria (Kajian Tokoh Umar Abdul Aziz) dan Maghribi (Kajian Tokoh Ibn Khaldun)
Penyelaras : Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa
2.) KUIS - Penubuhan GPTD Kampus dan Projek Kemboja
Penyelaras : Raja Nurul Balqis Raja Md Arif
3.) Kolej Lagenda - Khidmat Bakti di Nigeria dan Kajian Tokoh Sheikh Omar Fodio
Penyelaras : Muhd Nor Azym
4.) UNITEN - Pengukuhan Unicomserve sebagai Proksi GPTD dan Projek UK
Penyelaras : Noraishah Sulaiman
5.) Grup Sri Lanka - Pengembangan Projek Khidmat Sosial ke Maldives
Penyelaras : Ain Najwa Badrul Amin
6.) Politeknik Port Dickson - Penubuhan Grup Asas GPTD
Penyelaras - Mohd Syazni Abdullah
7.) UIA Gombak - Penubuhan GPTD
Penyelaras - Nurnajehan Nasoha
8.) UIA Kuantan - Penubuhan Grup Asas GPTD
Penyelaras : Muhammad Huzaifah Ahmad
9.) Pure Technic - Kajian Tokoh : Muhammad Ali
Penyelaras : Nurnajehan Nasoha
10.) Grup al-Fateh/GPTD Kelantan - Turki
Penyelaras : Mohd Faizul Afzan Mamat
11.) Grup Generasi Salahuddin al-Ayyubi - Lubnan/Palestin
Penyelaras : Mohd Zul Amin Ghazali
12.) Grup Ashabul Kahfi - Kemboja/Mesir
Penyelaras : Saiful Islam
13.) Kelab Hamka
Penyelaras : Mohd Nadmin Ramlan/Mohd Zaid Dailami
14.) GPTD Unisel : Maninjau/China
Penyelaras : Izwan Suhadak Ishak
15.) Projek Sukarelawan Sepenuh Masa : Bosnia/China
Penyelaras : Abdul Hakim Shahbudin
16.) UITM Perak : Penubuhan Grup Asas
Penyelaras : Abdul Hakim Shahbudin
17.) GPTD Perak
Penyelaras : Najmuddin Mohd Nawi
18.) GPTD Ulama
Penyelaras : Ikram al-Muhsinun
19.) GPTD Eropah
Penyelaras : Jufitri Joha
20.) UPM
Penyelaras : Ain Najwa Badrul Amin

Diharap semua Grup membina laman blog sendiri dan InsyaAllah pimpinan GPTD akan turun ke kampus-kampus dalam bulan puasa ini untuk proses susulan.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Dari Belgium

Jelebu - 22 Ogos 2009 / 1 Ramadhan 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menerima kiriman email dari sahabat Muslimah dari Belgium iaitu daripada Malika Hamidi. Beliau merupakan ahli kepada European Muslim Network (EMN). EMN merupakan sebahagian jaringan antarabangsa yang bakal dimanfaatkan oleh GPTD khususnya projek-projek kesukarelaan GPTD di Eropah. Saudara Jufitri mengenali Malika Hamidi ketika kunjungan beliau ke Belgium dua tahun lepas. EMN boleh diakses di http://www.euro-muslims.eu/

Email tersebut berbunyi:

In the Name of God, The Most Merciful,

My dearest sisters and brothers,

I wish you a blessed Ramadan to you and your loved ones.
May this month makes all of us full of will to help the others.
We pray Him to help us and take advantage of its nights and its days remembering Him every moment. May Allah guide all of us upon the path of Faith and help us to be filled with piety, patience and kindness.

"Ramadhan is a month of Allah whose beginning is Mercy, whose middle is forgiveness, whose end is freedom from fire".

We pray for all humanity for peace and dignity. Ameen.

With love,
Your Sister Malika
Belgium

Tuesday, August 18, 2009

SAKTI 4 Selesai

Seremban, 16 Ogos 2009 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Personaliti Belia yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi Seremban Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 80 orang mewakili beberapa buah kampus antaranya ialah Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),Kolej Lagenda, Politeknik Port Dickson dan lain-lain lagi.

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada peserta tentang hala tuju belia masa kini. Program ini dimantapkan lagi dengan slot mengenai tokoh-tokoh Islam terdahulu sekali gus meneladani gerak kerja mereka. Antara objektif lain program ini ialah memupuk semangat kesukarelaan di kalangan peserta.

Majlis penutup bagi program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan En. Khairul Shahril Shahbudin . Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kebangsaan Muhammad Razak Bin Idris, dan Tuan Haji Shamsul Azhar Bin Yahya Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan.

Kepada para peserta foto sepanjang program boleh di dapati di sini.

Thursday, August 13, 2009

Forum Bicara Ad Deen :"Hati Ini Milik Siapa?"

Bangi - 13 Ogos 2009 / 22 Syaaban 1430 - Satu Forum Bicara Ad Deen yang bertajuk "Hati Ini Milik Siapa?" telah diadakan seperti berikut

Tarikh : 12 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Lokasi : Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tajuk : "Hati Ini Milik Siapa?"
Anjuran : Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Panelis :
1. Sdr Jufitri Joha (ABIM & GPTD)
2. Ust. Hanafi Malek (SIDIM)
3. Ustazah Che Maryam (UKM)

Moderator : Ust Zamri Zakaria, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)

Forum ini menggambarkan betapa besar peranan umat Islam dan gerakan massa masyarakat seperti ABIM dan GPTD untuk mendidik hati umat Islam khusus remaja dan generasi muda menjadi umat terbaik. Justeru kem Sakti GPTD yang akan diadakan minggu ini di Seremban merupakan medan terbaik untuk ahli GPTD merangka satu gerak kerja untuk menarik seramai mungkin generasi muda menyertai GPTD dengan disajikan pelbagai aktiviti pengembaraan yang boleh mendatangkan banyak manfaat kepada mereka.

Wednesday, August 12, 2009

Wacana Ilmu Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Kuala Lumpur - 10 Ogos 2009 / 19 Syaaban 1430 H - Pengerusi GPTD dan Ahli-Ahli GPTD telah menghadiri satu Wacana Ilmiah anjuran Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)yang menampilkan Dr Muhammad Afifi al-Akiti iaitu Felo Pengajian Islam Oxford Centre for Islamic Studies. Beliau telah berbicara mengenai ketokohan Imam Ghazali dan sumbangan tokoh ini kepada dunia Islam.

Ahli-Ahli GPTD amat digalakkan untuk menghadiri wacana-wacana ilmu bersama tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti Dr. Afifi, Sheikh Shiraj Hendrick, Sheikh Said Mamduh dan lain-lain bersesuaian dengan objektif GPTD iaitu mengkaji dan menimba ilmu. HAKIM merupakan rakan perkongsian pintar GPTD tambahan pula saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD merupakan Naib Pengerusi HAKIM manakala Pengerusinya ialah Dr. Mohd Farid Shahran(Pensyarah UIAM). Di bawah ialah biodata ringkas Dr. Afifi:

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is KFAS Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of Theology, University of Oxford, and holds a lectureship in World Religions at Worcester College. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.

Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.

Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.

In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.

Tuesday, August 11, 2009

Kem SAKTI GPTD



Kuala Lumpur - 13 Ogos 2009 / 22 Syaaban 1430 - Berikut tentatif terkini Kem Sakti GPTD di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi, Seremban:-

14 OGOS 09 / 23 SYAABAN 1430 H (KHAMIS)

3.00 ptg : Pendaftaran
5.00 ptg : Solat Asar, Khidmat Diri & Makan Malam
7.00 ptg : Solat Maghrib-Isya’ & Tazkirah

9.00 mlm : SLOT 1 – Belia dan Kerja Kesukarelaan
Panel: Prof. Dr. Haji Azimi Haji Hamzah
Pakar Rujuk Belia Malaysia dan United Nation


10.30 mlm : Minum Malam
10.45 mlm : Taklimat, Taaruf & Pengenalan Ringkas GPTD

15 OGOS 09 / 24 SYAABAN 1430 H (SABTU)

5.30 pg : Solat Subuh & Tazkirah
6.30 pg : Senaman & Jogging
8.00 pg : Sarapan & Kendiri

9.00 pg : SLOT 2 – Kesukarelaan dan Personaliti Belia
Panel: Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman
Pengerusi Future Global Network (FGN)


10.30 pg: Minum
11.00 pg: SLOT 3 – Kesukarelaan Membentuk Belia Berpersonaliti Positif:Pengalaman Ikhwanul Muslimun Mesir
Panel: Tuan Haji Shamsul Azhar Yahya
Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan


12.30 tgh : Makan Tengahari & Solat Zuhur
2.00 ptg : Perkongsian: Bagaimana Memulakan Sebuah Grup?
GPTD Bosnia dan lain-lain

3.30 ptg : Pembentangan Projek Tokoh : Sultan Muhammad al-Fateh Tokoh Personaliti Generasi Muda
Panel: Saudara Mohd Faizul Afzan Bin Mamat
Pengerusi GPTD Kelantan


4.30 ptg : Minum Petang, Solat Asar & Riadah
6.30 ptg : Makan Malam & Kendiri
7.00 ptg : Solat Maghrib-Isya’ & Tazkirah

9.00 mlm : SLOT 4 – Meneladani Ibn Battutah Membentuk Personaliti Belia Menjulang (Towering Personality)
Panel: Encik Syed Nurul Akla Syed Abdullah
Penterjemah Kitab Rihlah Ibn Battutah


10.30 mlm : LDK
12.00 mlm : Minum Malam & Tidur

16 OGOS 09 / 25 SYAABAN 1430 H (AHAD)

5.30 pg : Solat Subuh & Tazkirah
6.30 pg : Senaman
8.00 pg : Sarapan & Kendiri
8.30 pg : POA Kendalian Pengerusi GPTD,
Saudara Jufitri Joha

10.30 pg : Minum
11.00 pg : Pembentangan
12.00 tgh : Majlis Penutup oleh Presiden ABIM,
Saudara Muhd Razak Idris

12.50 thg : Makan Tengahari, Solat Zuhur & Pulang

Sunday, August 09, 2009

Cheras - 9 Ogos 2009 / 18 Syaaban 1430 - Belia Maghribi menamatkan lawatan sambil belajar ke Malaysia selama dua minggu dengan berlepas pulang ke Maghribi malam tadi. Pihak GPTD ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan lawatan ini terutamanya pihak ABIM, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur dan Majlis Belia Negeri Sembilan.

Wakil Belia Maghribi, saudara Abdul Kebir Aziz mempelawa pihak GPTD membuat kunjungan balas ke Maghribi tahun depan. Justeru, pihak GPTD akan mewujudkan sebuah grup khas untuk membuat kunjungan balas ke Maghribi tahun depan. Saudara Abdul Kebir yang juga fasih berbahasa Melayu, berhasrat membantu GPTD melebarkan jaringan persahabatan belia dan kesukarelaan ke negara-negara Afrika yang lain seperti Mauritania, Senegal, Algeria, Afrika Selatan dan lain-lain.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendatangkan manfaat untuk umat.

Friday, August 07, 2009

Seremban - 5 Ogos 2009 / 14 Syaaban 1430 H - Delegasi Belia Maghribi meneruskan jadual mereka ke Negeri Sembilan dengan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Unit Penggalakkan Pelancongan dan Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS). Mereka dibawa melawat Muzium Negeri dan dihidangkan dengan Makan Tengahari secara Makan 'Berselo'. Turut meraikan mereka ialah dua Exco Kerajaan Negeri iaitu Y.B. Dato' Razi Kail dan Y.B. Tuan Abdul Samad. Manakala di pihak GPTD saudara Jufitri Joha dan saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa turut hadir meraikan mereka. Pada sebelah petang pula, mereka dibawa melawat Muzium Perang dan Pantai Peranginan di Port Dickson.

Pada sebelah malamnya saudara Pengerusi GPTD telah bergegas ke Teluk Gong, Kelang untuk menyampaikan Ceramah Nisfu Syaaban bersama penduduk Kampung Teluk Gong. Turut hadir mendengar ceramah ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelang iaitu saudara Zainuri bin Dato' Hj Zainal. Inilah rutin yang harus dilakukan oleh setiap ahli GPTD untuk menyampaikan dakwah di mana sahaja ruang dan peluang yang ada. Hidup biar berjasa!.

Tuesday, August 04, 2009

Makan Malam IYC-GPTD Bersama Belia Maghribi

Cheras - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan GPTD menjadi hos makan malam bagi meraikan kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh pihak IYC.

Dalam ucapan aluan Pengarah IYC, Yang Mulia Dato' Raja Ruslan Raja Samah melahirkan rasa gembiranya atas kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia dan memilih IYC sebagai tempat penginapan mereka yang utama. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana ABIM dan GPTD merupakan rakan kongsi IYC yang aktif bekerjasama dengan IYC terutamanya melibatkan program belia dari luar negara.

GPTD berhasrat meneruskan kerjasama erat dengan IYC pada masa hadapan dengan menjadi hos bersama lebih ramai lagi belia-belia dari luar negara.

Pada makan malam tersebut, Belia Maghribi turut menyampaikan beberapa persembahan kepada para hadirin. Makan malam ini dihadiri oleh Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha dan Exco GPTD seperti saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Nadzifah Ahmad Azam, Ain Najwa Badrul Amin dan Nurnajihan Nasoha

Sambutan Isra' dan Mi'raj

Ampang - 4 Ogos 2009 / 13 Syaaban 1430 H - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha telah dijemput mengupas peristiwa Isra' dan Mi'raj di Kolej PTPL Ampang. Di kesempatan tersebut saudara Jufitri telah mengambil peluang untuk memperkenalkan GPTD dan bakal melibatkan para pelajar Kolej PTPL dalam keluarga besar GPTD.

Monday, August 03, 2009

Kembara Dokumentasi Korea berakhir


Seoul - Aktivis GPTD, Abdul Hakim Shahabuddin, yang mengikuti Kembara Dokumentasi Korea (KDK) telah bertolak pulang ke Malaysia pada jam 11.00 pagi ini.

Dia yang dijadualkan tiba di Malaysia pada jam 4.00 petang ini telah diiring ke lapangan terbang Incheon di sini oleh Sdr Mohd Kamil Halim dan Sdr Muhammad Suhail Ahmad,Timbalan Pengerusi GPTD.

KDK yang berlangsung selama 10 hari ini bakal melahirkan sebuah buku mengisahkan pengembaraan yang mereka harungi selain pendedahan tentang adat budaya Korea sekaligus berkongsi kisah-kisah individu tertentu yang menetap di Korea. Beberapa negeri di Korea telah dikunjungi mereka iaitu Seoul, Jeonju, Daejeon, Daegu, dan Busan.


Diharapkan para aktivis GPTD dapat meneruskan tradisi kembara ini untuk memberikan pendedahan bermanfaat dalam mengenali kehidupan selain mendidik diri mereka menjadi adventurous dan berdikari.