Wednesday, June 24, 2009

GPTD @ KUIS


Bangi, 19 Jun 2009 : Alhamdulillah. Sesi pengenalan GPTD di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjalan dengan lancarnya. Perkongsian dari Saudara Kamarul dan Saudari Ain Najwa melengkapkan lagi malam itu sekaligus memberi idea-idea baru buat warga KUIS untuk terlibat di lapangan. Tidak ketinggalan Pengerusi GPTD Saudara Jufitri turut sama menyumbangkan kata-kata untuk pelajar KUIS. Pihak GPTD juga menjemput pelajar KUIS ke Kem SAKTI yang dijadualkan pada bulan Ogos ini untuk penerangan yang lebih mendalam mengenai GPTD.













Terima kasih diucapkan kepada aktivis GPTD yang turut telibat, Saudara Mohd Shazni, Saudara Hakim, Saudari Syafafwati, dan Saudari Nurjihan. Jutaan terima kasih juga buat warga KUIS yang hadir pada malam tersebut. Semoga pertemuaan tersebut menjadikan titik permulaan untuk sama-sama berkhidmat di lapangan suatu hari nanti.

Misi Rahmatan Lil Alamin.

Friday, June 19, 2009

Misi ke Palestin


Gombak - 17 Jun 2009 / 23 Jamadilakhir 1430 H - Saudara Noryzal Zainal Abidin, Exco GPTD dan bekas Sukarelawan GPTD ke Australia telah berlepas ke Palestin untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan di sana bersama dengan 8 orang lagi ahli delegasi yang mewakili Global Peace Mission (GPM) Malaysia, ABIM, Yayasan Amal Malaysia, Institut Al-Quran Kuala Lumpur dan pihak media. Ikuti pengalaman dan perjalanan beliau melalui gptd@yahoogroups.com. Beliau akan berada di sana selama 10 hari.

Thursday, June 18, 2009

GPTD ke Kampus

InsyaAllah GPTD akan berada di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada malam hari Jumaat ini bersamaan 19 Jun 2009. Aktiviti turun ke kampus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman bagi menarik lagi minat golongan mahasiswa dan mahasiswi untuk turun ke lapangan membantu masyarakat. Selain pelajar dari KUIS, turut diundang untuk turut serta ialah pelajar dari UPM dan USIM. Semoga perhimpunan kali ini dapat menarik minat dan membuka mata untuk bersama menerajui GPTD. Semua dijemput hadir.


Misi Rahmatan Lil Alamin.

Tuesday, June 16, 2009

The Summit of Asian Religious Leaders


Kuala Lumpur - 16 Jun 2009 / 22 Jamadilakhir 1430 H - GPTD has been invited to The Summit of Asian Religious Leaders on Disarmament for Shared Security in Kathmandu, Nepal on July 10-11, 2009. InsyaAllah GPTD will send volunteers to attend the summit. The invitation is as follow :

"Religions for Peace (WCRP) is pleased to invite you to The Summit of Asian Religious Leaders on Disarmament for Shared Security to be held in Kathmandu, Nepal on 10-11 July 2009. The Summit will explore the important role of religious leaders in advancing shared security through disarmament.

Religions for Peace has worked throughout its forty-year history toward limiting and eventually eliminating nuclear weapons. At this time of uncertain global dynamics, it is important for Religions for Peace to respond to the escalating threats of nuclear proliferation, particularly in Asia, as well as the continuing increases in conventional weapons, including cluster munitions.

You are invited to join with other senior religious leaders, women of faith and youth representatives to deliberate on the current challenges related to nuclear and conventional weapons in the region, and develop a strategy for multi-religious advocacy and action that will advance disarmament and shared security in Asia. The action plan to be adopted will include high-level multi-religious advocacy at all levels and grassroots mobilization of religious communities, including youth and women of different faith traditions in Asia.

We warmly welcome you to Kathmandu on 10-11 July 2009".

Sincerely,

Dr. William Vendley
Secretary General
WCRP

* WCRP can be reached at http://www.wcrp.org

Thursday, June 11, 2009

Kunjungan Pengerusi Pusat Islam Antarabangsa Jepun


Kuala Lumpur - 11 Jun 2009 / 17 Jamadilakhir 1430 H - Sheikh Muhammad Abdur Rahman Siddiqi, Pengerusi Pusat Islam Antarabangsa Jepun (IMCJ) telah melakukan kunjungan ke Malaysia. Antara destinasi lawatan beliau ialah Pejabat Pemandu Pelancong Masjid di bawah kelolaan Islamic Outreach ABIM (IOA) di Masjid Negara. Di kesempatan itu, satu pertemuan telah diaturkan di antara Sheikh Muhammad dengan saudara Azril Mohd Amin, Naib Presiden Antarabangsa ABIM dan saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD.

Sheikh Muhammad telah memanjangkan kerjasama dakwah antra ABIM dan IMCJ. GPTD turut menawarkan kerjasama kesukarelaan kepada IMCJ untuk menempatkan sukarelawan GPTD di sana dalam tempoh 3 bulan sehingga setahun di sana seperti mana yang telah dilaksanakan di Turki, Australia dan China. Menurut Sheikh Muhammad, masyarakat Islam di Jepun memang amat memerlukan sukarelawan untuk ditempatkan di pusat-pusat Islam di Jepun untuk mengajar asas-asas Islam.

Sheikh Muhammad boleh dikenali secara lebih dekat di http://arsiddiqi.imcj.googlepages.com/

Wednesday, June 10, 2009

Mahasiswa Berjiwa Prihatin


Gombak - 6 Jun 2009 / 12 Jamadilakhir 1430 H - Satu forum bersempena Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Forum yang bertemakan 'Mahasiswa Berjiwa Prihatin' membariskan panel seperti saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Aktivis GPTD Sri Lanka @ Penolong Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UIA), saudara Jufitri Joha (Pengerusi GPTD) dan saudari Norakmariah Abdullah (Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)). Antara intipati forum tersebut ialah mengajak seluruh peserta PMGK untuk terus menabur bakti dalam masyarakat walaupun mereka sibuk dengan urusan pengajian masing-masing. Saudara Jufitri menekankan kepada peserta agar mempunyai 3 sifat iaitu 1.) Be the first 2.) Be different dan 3.) Continously strive.

Tuesday, June 09, 2009

Seminar on Islam in Australia


Kuala Lumpur - 9 Jun 2009 / 15 Jamadilakhir 1430 H - Mr. Jufitri Joha, GPTD Chairman attended Seminar on Islam in Australia at the Australian High Commission Malaysia. The presentor was Mr Waleed Aly, a young Muslim from Melbourne and well-known in Australia as an engaging commentator on Australia’s Muslim community.

Waleed Aly writes regularly for the mainstream press in Australia on topics ranging from politics and religion, to community and sport. He is the author of “People Like Us: How arrogance is dividing Islam and the West” (Picador, 2007), which has been shortlisted for several awards including the Queensland Premier’s Literary Awards and for Best Newcomer at the 2008 Australian Book Industry Awards.

Waleed also appears regularly on radio and TV in Australia and is a writer and host of SBS's Salam Café, a Muslim comedy panel and sketch show. He speaks on issues concerning Australia’s Muslim community and the relationship between Islam and western values. Waleed Aly’s views on Islam and Australian multiculturalism are well-respected, and he is tireless in his attempts to create a better understanding of Islam and Muslims in the Australian community.

In 2005, he was made a White Ribbon Day Ambassador for the United Nations’ International Day for the Elimination of Violence Against Women, and was named one of The Bulletin magazine’s ‘Smart 100’ in 2007. He was also an invited participant to the Australian Prime Minister’s 2020 Summit in 2008.

Waleed Aly is a lecturer in politics at Monash University, Melbourne, Australia. Previously, he worked as a commercial lawyer, and he also has experience in human rights and family law. Waleed was a board member of the Islamic Council of Victoria for over four years, and is frequently invited by media outlets across Australia to comment on a broad range of issues relating to Islam and Western Muslims.

Saturday, June 06, 2009

Moroccon Youth Educational Visit to Malaysia Hosted by GPTD

Kuala Lumpur - GPTD will be hosting Moroccon Youth delegates on this coming July, the schedule of the trip is as follow:

28/07/2009
Arrival and check in the IYC / Rest


29-31/07/2009
Homestay Program @ Tampin, Negeri Sembilan


31/07/2009
Dinner and Interaction Hosted by International Youth Centre (IYC), GPTD and ABIM

01/08/2009
Attending Opening Ceremony Annual General Meeting of ABIM & Visiting Interesting Places in Shah Alam e.g. State Mosque of Shah Alam, Museum etc.

02/08/2009
KLCC Twin Tower Visit Fish Main Aquarium

03/08/2009
Visiting Genting World fantasy

04/08/2009
Visiting Putrajaya & Shooping in Midvalley

05/08/2009
Tour to Negeri Sembilan Hosted by
the Malaysian Tourism Board and Negeri Sembilan State Youth Council (MBNNS)

06/08/2009
Cultural day in UIAM, Gombak

07/08/2009
Sunway or Water World and Shooping

08/08/2009
Free time and Return to Morocco

Thursday, June 04, 2009

GPTD @ IYC




Cheras
- 4 Jun 2009 / 10 Jamadilakhir 1430 H - GPTD sekali lagi mengorak langkah mengadakan pertemuan bersama YM. Dato' Raja Ruslan Bin Raja Samah, selaku Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Antara agenda penting yang dibincangkan ialah kerjasama antara pihak IYC dan GPTD untuk satu program belia yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan Julai ini iaitu Moroccan Youth Educational Visit to Malaysia .

Saudara Jufitri selaku Pengerusi GPTD melihat pertemuan ini adalah satu medium terbaik untuk membuka ruang bagi aktivis-aktivis GPTD berkenalan dan sekaligus menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama pihak IYC. Antara aktivis GPTD yang turut serta ialah saudara Hakim, saudara Mohd Shazni, saudari Ain Najwa dan saudari Jehan.

Harapan GPTD agar jalinan ini berterusan bagi memantapkan lagi gerakan dan sama-sama berkhidmat kepada masyarakat belia khususnya.

Misi Rahmatan Lil Alamin.

Pengerusi GPTD di B-SPOT TV9