Thursday, May 28, 2009

GPTD @ RA Fine Arts



Ampang - 28 Mei / 3 Jamadilakhir - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Mujahed Mohd Naser, aktivis GPTD ke Turki telah mengunjungi Galeri RA Fine Arts atas jemputan pengarahnya iaitu Raja Ahmad Aminullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Raja (gambar di atas).

Dalam perbincangan bersama Pak Raja, GPTD telah dipelawa untuk menyertai pameran berkenaan kerja-kerja sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan. GPTD juga ditawarkan untuk menjadi sebahagian jawatankuasa penggerak pameran. GPTD telah berhasrat menonjolkan aktivis GPTD sepenuh masa di luar negara iaitu Suhail di Cina, Mas Darwin atau Faiz di Turki dan Saiful di Australia dalam pameran tersebut kelak. Juga tidak ketinggalan paparan pengalaman saudara Noryzal Zainal Abidin yang pernah berkhidmat di Australia selama tiga tahun akan dicadangkan untuk dipamerkan.

Pameran ini bertujuan memaparkan kerja-kerja mulia para aktivis kemanusiaan kepada orang awam dan juga sebagai satu penghargaan kepada mereka yang mempunyai semangat juang dan kesukarelaan yang tinggi.

Galeri RA Fine Arts merupakan galeri yang memaparkan seni lukis hasil tangan Abdul Halim yang unik. Galeri ini terletak di Jalan Aman Off Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Raja Muda Perak iaitu Raja Nazrin Shah dan ianya boleh dicapai di www.ra-finearts.com.

Tuesday, May 26, 2009

Pengerusi GPTD Di Sana Sini



Rembau - 26 Mei / 1 Jamadilakhir - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah dijemput mengisi slot Bicara Belia dalam program Rakan Muda Wawasan Desa IPT-USIM di Kampung Durian Daun, Rembau. Saudara Jufitri yang juga merupakan Naib Yang Dipertua ABIM Rembau telah mengambil kesempatan berpesan kepada para peserta di kalangan pelajar USIM agar meneruskan usaha amal dan bakti kepada masyarakat. GPTD berhasrat melebarkan sayap ke USIM dan GPTD USIM bakal mendapat penasihatnya iaitu Dr. Rumaizuddin Ghazali, Mantan Timbalan Presiden ABIM Pusat. GPTD akan memfokuskan kajian ketamadunan dan kemasyarakatan Timur Tengah.

Selain itu, saudara Jufitri telah membantu menaja menubuhkan Persatuan Belia Kemahiran Vokasional Malaysia yang bakal menjadi satu lagi jaringan GPTD di dalam negara dan beliau juga turut mengisi Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Port Dickson.

Friday, May 22, 2009

Program Pembangunan Belia, Negeri Sembilan

Assalamualaikum wrh. wbt.

GPTD akan menghantar wakil bagi menyertai Kursus Pembangunan Belia bertemakan "Merangsang Personaliti, Merungkai Permasalahan Sosial Masa Kini".

Program ini dianjurkan oleh ABIM Negeri Sembilan, dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan GPTD.

Berikut adalah butir-butir lanjut berkaitan kursus tersebut:-
Tarikh : 29 hingga 31 Mei 2009/ 4-6 Jamadilakhir 1429 H
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Institut Latihan dan Perindustrian Pedas
Bayaran : Percuma

Mereka yang tinggal atau belajar di sekitar Negeri Sembilan (PAUIAM Nilai, KUIM, Kolej Lagenda dll.) amatlah dialu-alukan ke program ini.


Kepada yang berminat, sila isikan maklumat berikut dan klik Submit Form(Maklumat adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum). Tempat adalah terhad.


























Nama Penuh:




No. Telefon Bimbit:




E-mel:




Sila pilih status anda:

Pelajar

Bekerja



Institusi tempat anda belajar / bekerja:









create form


Mesyuarat GPTD


Gombak, 20hb Mei 2009 - Mesyuarat bulanan GPTD telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM. Pelbagai agenda telah dirancang sepanjang bulan Jun dan Julai akan datang. Antara agenda yang akan dilaksanakan mengadakan pengenalan GPTD di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Pada bulan Julai akan diadakan Kem Sukarelawan & Jati Diri (SAKTI) yang mana kepada sesiapa yang berminat boleh menyertainya.

GPTD juga mengalu-alukan kepada IPTA & IPTS yang berminat untuk membuat pengenalan GPTD di tempat mereka bolehlah emelkan butiran di gptdhq@gmail.com atau boleh terus hubungi saudara Shazni di talian 0122829816.

Tuesday, May 05, 2009

Saudari Addawiyah Berlepas ke UK



Sepang - 5 Mei / 10 Jamadilawal - Saudari Addawiyah Salim, Koresponden GPTD UK berlepas ke UK awal tadi bersama suami saudara Suhaib Hamidi, Presiden Melayu UK Students Support Team (MUSST-http://www.melayu.org.uk/musst/news.php). Turut menghantar beliau untuk mengucapkan selamat jalan di Terminal LCC ialah saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Ketua Grup Kokos. Saudari Addawiyah akan menetap di Sheffield iaitu bahagian tengah England. Beliau akan meneruskan usaha-usaha GPTD di UK. Beliau pernah terlibat dalam GPTD sebagai Exco GPTD, Ketua Projek GPTD UK dan Penggerak Program Pertukaran Belia Melayu Dunia di Rembau, Negeri Sembilan. Ikuti perkembangan beliau di http://rabiah-addawiyah.blogspot.com/.