Wednesday, April 29, 2009

GPTD Hulur Kerjasama Kepada KARISMA UIA



Hulu Langat - 21 April / 25 Rabiulakhir 1430 H - GPTD telah menghulurkan salam persahabatan dan kerjasama kepada Kelab Karisma UIA. Tawaran ini telah diutarakan oleh saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi GPTD ketika dalam ceramah bertajuk "Peranan Fasilitator" anjuran kelab tersebut. Saudara Izuddin, Presiden Karisma turut hadir dalam ceramah tersebut.

Semoga tawaran ini disambut baik oleh Karisma dan GPTD amat berminat menjalinkan usahasama dengan mana-mana persatuan di luar sana demi menguatkan gerak kerja kesukarelaan.

Monday, April 27, 2009

SIDANG MINI MENGENAI NATO DAN DASARNYA DI ASIA



Jemputan Kepada Ahli GPTD :

SIDANG MINI MENGENAI NATO DAN DASARNYA DI ASIA

Sukacita dimaklumkan bahawa World Futures Online, sebuah Portal Politik Islam (http://wfol.tv) dan Future Global Network Foundation (FGN) akan menganjurkan satu sidang mini mengenai NATO dan Dasarnya di Asia seperti berikut:

Tarikh : 5 Mei 2009 / 10 Jamadilawal (Selasa)

Masa : 5 petang – 10:30 malam

Tempat : Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Matlamat sidang ini ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan NATO dan Dasarnya yang menuju ke arah mendominasi dunia dengan kekuatan angkatan perangnya. Apa yang pasti, dunia Islam menerima kesan langsung dari dasar yang menindas ini. Perang di Afghanistan dan Iraq adalah bukti sejarah dasar yang menindas ini.

Setakat ini 15 Kedutaan Asing telah bersetuju untuk hadir dan 4 orang Pembentang dari Pakistan, Filipina, Amerika Syarikat dan Malaysia akan memberi pandangan mereka mengenai tajuk ini.

Tempat terhad, ahli GPTD yang berminat sila serahkan nama kepada saudara Jufitri Joha di jufitri1979@yahoo.com.

Khidmat Sosial di Australia



Sepang- 25 April / 29 Rabiulakhir 1430 H - Saudara Saiful Islam, Pengerusi Grup Ashabulkahfi GPTD telah berlepas ke Pulau Kokos, Australia pada jam 11.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beliau akan berada di sana selama tiga bulan untuk meneruskan program khidmat sosial GPTD yang sebelum ini diteruskan oleh saudara Muhammad Suhail Ahmad, Timbalan Pengerusi GPTD. Ikuti pengembaraan beliau di blog http://ashabulkahfigptdabim.blogspot.com/.

Saturday, April 25, 2009

Pengerusi GPTD @ Kolej MARA Banting



Banting - 23 April / 27 Rabiulakhir 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Peranan Pelajar Islam Terhadap Agama' di hadapan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting, Selangor Darul Ehsan. Mereka ini merupakan sebahagian daripada pelajar-pelajar yang membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti ke UK, New Zealand dan Australia.

Di akhir ceramah tersebut, saudara Jufitri telah membuat tawaran secara terbuka kepada para pelajar di sana untuk menyertai GPTD khususnya di UK bagi menggerakkan usaha memantapkan GPTD di sana melalui Malaysian Islamic Study Group (MISG) ABIM (http://www.misg-abim.org/). Saudara Jufitri dijangka menyambung pelajaran ke University Durham, United Kingdom di peringkat Master dalam bidang Pengajian Komuniti dan Belia selama setahun bermula September 2009. Ini bakal merancakkan usaha GPTD di Eropah khususnya di UK.

Setakat ini di Eropah, GPTD mempunyai jaringan dan jalinan kerjasama dengan Persatuan Melayu United Kingdom (www.melayu.or.uk), Kelab Melayu Denmark, European Muslim Network (EMN-http://www.euro-muslims.eu/) dan Gabungan Muslim Perancis (CMF)

Friday, April 24, 2009

GPTD @ UM



Universiti Malaya - 23 April / 27 Rabiulakhir 1430 H - Grup Ashabul Kahfi (GAK) membuat pertemuan susulan mereka bagi merancang gerak kerja susulan selama setahun. Saudara Saiful selaku pengerusinya menggariskan tiga agenda perbincangan pada petang tersebut iaitu siri latihan grup, program kembara di Sabah dan agenda grup untuk setahun. Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD turut sempat singgah sebentar menyertai pertemuan tersebut. Beberapa pesanan dan panduan telah dikongsi oleh beliau untuk dijadikan panduan perbicangan. GAK akan mensasarkan graduan-graduan tahfiz untuk menyertai mereka bagi meningkatkan peranan mereka di lapangan kerje-kerja amal.

Friday, April 17, 2009

MAJLIS MUAFAKAT DAKWAH MALAYSIA KEMBOJA


*********************************************

  • Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD merupakan AHLI JAWATANKUASA MAJLIS MUAFAKAT DAKWAH MALAYSIA KEMBOJA (MMDMK) mewakili ABIM.
  • GPTD Kemboja akan dibentuk semula dalam waktu terdekat bagi meneruskan projek fasa ketiga untuk membantu MMDMK.

Wednesday, April 15, 2009

GPTD @ UNISEL



GPTD dijangka ditubuhkan di UNISEL, Bestari Jaya. Usaha - usaha telah digerakkan oleh saudara Izwan Suhadak Ishak bersama Grup Ibn Batuttah di sana. Berikut sedutan kertas konsep penubuhan GPTD di UNISEL:

"GPTD yang membawa konsep penjelajahan dan pengkajian peninggalan tamadun dunia yang masih wujud. Pertubuhan ini akan dikenali dengan nama “Grup Pengkaji Tamadun Dunia” (GPTD).

Pertubuhan ini secara khususnya terbuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi UNISEL. Kami berharap kewujudan pertubuhan ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada siswa – siswi UNISEL. Dengan adanya pertubuhan ini siswa – siswi akan dapat menggunakan masa mereka dengan baik di samping mengharumkan nama baik UNISEL dengan menjadi duta kecil UNISEL dalam negara dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Diharap dengan adanya usaha daripada sebilangan warga UNISEL yang bertungkus lumus membina lapangan atau ruang bagi siswa-siswi unisel menimba pengalaman dan pembinaan tradisi ilmu, GPTD akan menjadi wadah pemangkin intelektual siswa-siswa unisel yang berwawasan dan cemerlang".

Tuesday, April 14, 2009

World Youth Leaders Summit (WYLS) India 2009

GPTD menerima jemputan ke World Youth Leaders Summit (WYLS) 2009 di India. Program ini ditaja oleh Shri Ramanuja Mission Trust iaitu sebuah pertubuhan kebajikan dari Selatan India. Program ini terbuka kepada ahli GPTD yang aktif yang berumur 20-35 tahun. Ia bakal berlansung Jun - November dan berbentuk kerja lapangan. Butiran lanjut dan jika ingin menyertainya sila berhubung dengan pihak Sekretariat GPTD di gptd_gpm@yahoo.com.

2 Grup Baru - Ahlan wa Sahlan



GPTD ingin mengucapkan selamat datang kepada dua grup baru yang bernaung di bawah GPTD iaitu :

1.) Grup Generasi al-Fateh - http://gptd-alfatih.blogspot.com/. Grup ini akan menelaah kehebatan dan ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh yang telah membuka Kota Istanbul di Turki. Grup ini adalah inisiatif saudara Afzan, Penyelaras GPTD Kelantan dan rakan-rakan GPTD Kelantan.

2.) Kelab Cheng Ho - http://kelabchengho.blogspot.com/. Kelab atau grup ini diketuai oleh Saudara Muhammad Suhail Ahmad, Timbalan Pengerusi GPTD yang sekarang berada di China. Grup ini memfokuskan kajian mengenai keperwiraan Laksamana Cheng Ho sebagai Ketua Turus Armada Laut Pertama di dunia dan Duta Keamanan Sejagat.

Semoga dua usaha baru ini mampu dengan izin Allah menyediakan altenatif buat golongan belia menyertai program-program yang berfaedah dan membimbing merintis jalan ke Syurga.

Program Tv 9 - B Spot



Sebuah program bual bicara bertajuk 'B'SPOT! untuk generasi belia baru Malaysia akan bersiaran di TV 9 bermula 21 April 2009 bersamaan hari Selasa jam 10 malam.

Rancangan bual bicara ini akan memberi peluang kepada generasi belia baru untuk memberi pandangan serta pendapat berkaitan isu-isu nasional yang juga amat berkait rapat dengan generasi muda ini. Seorang selebriti akan menjadi hos dan bakal menjemput 2 hingga 4 orang untuk menjadi panel. Di akhir program ini penonton akan dipersembahkan dengan pelbagai persembahan yang menarik dari generasi belia baru ini.

Turut menbarisi panel dalam rancangan ini adalah Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Noryzal Zainal Abidin, Exco GPTD. Mereka berdua akan membincangkan tajuk, 1.) Kebebasan Bersuara; Demokrasi atau Hipokrasi dan 2.) Sistem Pendidikan Sudah Tidak Releven? dalam episod yang berlainan.

Saturday, April 04, 2009

Jemputan Kepada Semua Ahli GPTD





Date : 28 Rabi’ul Awwal 1430 / 25 March 2009
Reference: WR.M.ALL.SG.1412
Subject : ABOUT COMING PROGRAMS - ISP To: ALL UNIW MEMBERS

Assalamu alaikum wa rahmatullah,
Respected Presidents of UNIW Members,

The Union of NGOs of the Islamic (UNIW) is proud of inviting you to the coming General Assembly and International Symposium on Palestine to be hold between 30th and 31st of May, 2009 in Istanbul. We request you to inform us about your position for participation, contribution, comments and advices for coming programs during 30th and 31st of May, 2009 as following;

a) Council Meeting (open for council members)

b) General Assembly (open for all members, accepts project proposals, new membership and etc)

c) International Symposium on Palestine (open for all - www.palestinesymposium.org )

UNIW Secretariat will send invitation letters, symposium program and other details to all of our members. Before this, we kindly and urgently request you to send names of probable participants or speakers who want to present a paper during the symposium. Before concluding my letter, I send my best wishes and warm salaam to all brothers and sisters in our member organizations.

Wassalamalum alaikum wa rahmatullah
Fi amanillah

Necmi SADIKO─×LU
Secretary General of UNIW

(Gambar di atas)

UNIW adalah Gabungan NGO di dalam Dunia Islam dan boleh dilayari di http://www.theunity.org/en/

Friday, April 03, 2009

Kerjasama Sciences & GPTD



Kuantan - 25 Mac/28 Rabiulawal - Persatuan Pelajar Sains UIA Kuantan (Sciences) telah berminat menjalin kerjasama dengan GPTD untuk program Road to Singapore mereka. Wakil GPTD turut dijemput hadir dalam mesyuarat persiapan program tersebut di Kuantan baru-baru ini. Dalam mesyuarat tersebut, GPTD turut diperkenalkan secara ringkas dan ahli persatuan diberikan tip-tip untuk melaksanakan projek antarabangsa berdasarkan pengalaman-pengalaman GPTD sebelum ini. Turut hadir pada malam tersebut ialah saudara Abu Qassim yang merupakan bekas Penolong Setiausaha GPTD.

Thursday, April 02, 2009

Diskusi Bersama IYC



Gombak, 1 April 2009. Perjumpaan mingguan GPTD kali ini bertambah meriah dengan kehadiran Saudari Faridah selaku wakil Intellectual Youth Club (IYC) UIAM. Beliau yang dijemput untuk membincangkan hal-hal berkaitan gerak kerja dan hala tuju bagi membolehkan GPTD dan IYC bekerjasama dalam beberapa perkara. Majlis yang juga dihadiri oleh pengerusi GPTD, Saudara Jufitri turut sama mencadangkan usul-usul penting yang dapat dijalankan bersama oleh pihak GPTD dan IYC. Semoga perjumpaan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menggerakkan dan melancarkan usaha-usaha murni kedua belah pihak.

Wednesday, April 01, 2009

Bersama Politeknik Port Dickson



Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah dijemput menyampaikan ceramah kepada pimpinan persatuan pelajar Politeknik Port Dickson yang bertajuk "Kepimpinan Pelajar dan Cabaran Masa Kini" di Kem Sri Kendung, Rembau. Ceramah ini adalah sempena Kem Kepimpinan Kampus.

Saudara Jufitri mengambil kesempatan mengajak para pelajar tersebut menyertai gerakkerja kesukarelaan dan belia sebagai sumbang bakti mereka kepada masyarakat. GPTD menawarkan ruang dan peluang kepada mereka untuk menyumbang bakti melalui kerja-kerja khidmat sosial di peringkat antarabangsa. Ceramah ini berjaya membuka minda mereka agar berfikiran global dan mengambil peduli isu semasa.

Pengarah Politeknik Port Dickson bersetuju membawa ABIM dan GPTD bergerak dalam Politeknik PD sebagai satu wadah untuk para pelajar terlibat secara langsung.