Monday, March 26, 2007

WACANA ILMIAH BULANAN

Program 1
Siri 3 Khilafah Uthmaniyyah:
“Syeikhul Islam Mustafa Sabri & Tragedi Khilafah”
28 Mac 2007
Rabu

Program 2
”Islam Di Sepanyol”
29 Mac 2007
Khamis

Tempat:
Bilik Serbaguna Anjung Rahmat, Gombak
Masa:
8.30 Malam

Anjuran :-

BIRO WACANA DAN KAJIAN KETAMADUNAN (WATAN) GPTD


SEMUA DIJEMPUT HADIR…….
Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi
Sekreteriat (0163235700),
Sdr. Najib (0136400036),
Sdr. Nurazwa (0172522396)

Monday, March 05, 2007

03 Mac 2007, Danau Kota - Alahamdulillah setelah beberapa siri penangguhan akhirnya GPTD selesai melaksanakan Induksi. Bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir hampir pada jam 3.00 pagi mengatur semula organisasi dan merangka halatuju GPTD selepas ini dan masa akan datang. Tahniah kepada Saudara Noryzal Zainal Abidin diamanahkan sebagai Ketua Penyelaras yang baru. Tahniah juga kepada pimpinan dan exco yang lain dengan perlantikan yang diamanahkan. Sama-samalah kita berganding bahu untuk menggerakkan GPTD.

SAKTI 07

16 Februari, 2007 -Janda Baik- Exco Skil dan Sukarelawan (SKAWAN) telah menganjurkan Kem Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI 07) selama tiga hari bermual pada 16hb hingga 18hb Februari 2007. Lebih kurang 80 orang peserta termasuklah dari Kolej Lagenda, UIA, Matrik UIA, UniKL(MFI, BMI, MSI,), Maahad Johor, IIC, Kolej Sunway, Unisel, UPM, Darul Quran dan UiTM. Kem ini bertujuan memperkenalkan GPTD serta mendedahkan kepada mereka tentang kerja-kerja sukarelawan dan membentuk jatidiri para peserta. Program juga diisikan dengan slot bersama Shahrul Azilan Mohd Said (Tokoh Belia Negara 2005) dan Nizal Mohammad (Pengacara TV3). Insyallah selepas ini setiap kolej akan membuat perancangan susulan untuk mengerakkan lagi GPTD di setiap kampus atau kolej mereka.


Wacana Islam di German

08 Februari 2007, Anjung Rahmat - Tepat jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat GPM, Wacana Islam di German telah berlangsung dan disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran tentang perkongsian pengalaman, perdebatan, dialog yang beliau hadiri di sana dikongsikan kepada kami. Beliau sebagai wakil ABIM dan di antara Islam dan Kristian di German.

Dr. Farid menceritakan serba sedikit tentang German seperti struktur politik, ekonomi, populasi rakyat, agama, dan isu Israel yang ada kaitan dengan sejarah German dan sejarah mengenai Tembok Berlin yang memisahkan orang German Timur dan German Barat telah menarik minat para pendengar wacana.




Selain itu, wacana menjadi menarik lagi dengan gambar-gambar yang dipaparkan oleh beliau. Dengan kehadiran seramai 20 orang disertai oleh Presiden PKPIM, beberapa wakil PKPIM dan ahli GPTD menjadikan wacana lebih meriah dan ilmu itu dapat diperkembangkan.



Dr. Farid juga menekankan isu budaya membaca di kalangan rakyat German yang sangat kuat dan wujudnya pelbagai kedai buku yang terdapat di sana. Ini satu contoh yang boleh diteladani di kalangan rakyat Malaysia. Majlis ditangguhkan pada pukul 11.00 malam dan para hadirin bersurai.

USRAH GPTD

28 Januari 2007, Gombak- Seramai 15 orang, di rumah saudara Noryzal berhadapan dengan Anjung Rahmat. Kisah-kisah teladan zaman nabi seperti Abd. Rahman vin Auf, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar, Nabi Khidir dan hikmah Surah Al-Ikhlas diceritakan oleh pengasas GPTD Tuan Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman.
Seorang ahli GPTD tidak boleh mengeluh, ia seperti menifasti kecewa atau tidak redha bahawa Allah tidak adil. Pesanan En. Azam kepada semua ialah membina kekuatan rohani, membina spiritual, menjaga hubungan dengan Allah (حبل من الله وحبل من الناس) dan selawat ke atas Nabi S.A.W. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.
Selain itu, maklumat dan program terkini GPTD dihebahkan kepada semua selepas usrah. Mutiara kata dari Saudara Suhail kepada adik jangan terlalu yakin dengan kerja dakwah selagi tidak menempuh halangan. Waktu belajar, bekerjaya, berumah tangga, mempunyai anak (kemewahan) dan bila umur sudah meningkat. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.

Usrah GPTD di Kolej Darul Quran


10 Januari 2007, Kuala Kubu - Tuan Haji Ahmad Azam(Pengasas GPTD), Jufitri Joha(Pengerusi), Saudara Najmuddin dan dua orang pelajar praktikal telah mengunjungi Kolej Darul Quran, JAKIM di Kuala Kubu Bharudengan tujuan memperkenalkan GPTD dan mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli GPTD yang sedia ada. Seramai 20 orang menghadiri sesi usrah yang dikelolai oleh En. Azam. Antara topik yang disentuh ialah proses dakwah, saluran dakwah dan peranan pelajar-pelajar Darul Quran sebagai pendakwah yang berjaya di peringkat antarabangsa. Pertemuan selama 2 jam memberikan meklumat-maklumat yang bernas dan boleh diguna pakai oleh pelajar-pelajar tersebut. Majlis berakhir tepat pada jam 11.00 malam.